Polis Sabah buka 2 dua kertas siasatan berkaitan isu agama

datuk-jauteh.jpg

Datuk Jauteh (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Polis buka dua kertas siasatan berkenaan isu keagamaan yang dilihat semakin kerap ditimbulkan dalam kalangan pengguna media sosial kini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu disebabkan alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni.

“Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, polis mengesan beberapa isu berkenaan agama yang ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kita juga mengesan perkara itu ditularkan oleh individu yang tidak menganuti agama yang dinyatakan dan tidak memahami secara menyeluruh isu terbabit dan hanya bertindak menularkan perkara itu di media sosial.

“Oleh itu saya nasihatkan masyarakat serta warga Sabah agar tidak menimbulkan isu agama di laman media sosial masing-masing bagi menjaga keamanan serta keharmonian Sabah,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, semalam.

Jauteh berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan mana-mana individu yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk hukuman penjara sehingga lima tahun mengikut seksyen yang dinyatakan.

Sumber: HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top