KOTA KINABALU: Polis Sabah sedang mengusahakan beberapa perancangan bagi menangani koloni Pendatang Tanpa Izin (PTI) di negeri ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata pihaknya sedang memantau kewujudan koloni yang dikatakan mencecah lebih 500 koloni oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
“Kami sedang memantau kewujudan koloni yang dikenal pasti oleh ESSCOM dan polis,” katanya.
Tambah beliau, masalah itu akan ditangani dan semua daerah polis telah diarahkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
Jauteh berkata demikian semasa sidang media selepas menerima empat daripada lapan motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson berharga RM1.076 juta daripada Kerajaan Negeri di Menara Kinabalu pada Selasa .