Polis Patahkan Penyeludupan Kulit Kayu Tangar

Rampas-Kayu-Kudat.jpg
Kongsi Bersama

KUDAT: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas kulit kayu tangar di kawasan bakau di Sungai Mengkapung Pitas, di sini, 3 petang kelmarin.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Kudat, Asisten Superintendan Cyril Douglas, berkata nilai rampasan dianggarkan RM420,000.

Katanya, risikan mendapati terdapat pondok yang didirikan secara haram dalam kawasan bakau Sungai Mengkapung Pitas.

Beliau berkata, pondok berkenaan dipercayai dijadikan tempat pengumpulan kulit kayu tangar, sebelum dibawa keluar untuk dijual ke negara jiran.

“Satu serbuan dilakukan di lokasi berkenaan dan menemukan sejumlah kulit kayu tangar yang dipercayai diambil secara haram,” katanya ketika dihubungi, lapor BH Online.

Cyril berkata, pasukan Polis Marin dan Jabatan Perhutanan Sabah memusnahkan semua barang rampasan berkenaan.

“Proses pelupusan dilakukan di tempat kejadian dengan membakar semua kulit berkenaan, termasuk pondok yang didirikan secara haram,” katanya.

Cyril berkata, orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada polis di talian 24 jam menggunakan aplikasi whatsapp 013-9391197.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top