Polis Marin Tawau Tangkap Lelaki Bawa Masuk Ayam Sabung Dari Negara Jiran

polis-tawau.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Sebuah bot jenis jongkong ditahan polis marin di kawasan perairan Laut Sungai Melayu pada jam 12.00 tengah hari kemarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis Ridzauddin Selamat berkata semasa pemeriksaan jongkong tersebut, juragannya,  seorang lelaki berumur lingkungan 24 tahun itu didapati telah membawa tiga kotak kayu berisi empat ekor ayam disyakki ayam sabung jenis bali yang dibawa masuk dari negara jiran Indonesia.

Juragan, bot jongkong dan kesemua ayam sabung dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM29,400

Kes akan dirujuk kepada Jabatan Veterinar Cawangan Tawau untuk tindakan lanjut.

Pihak Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wil.4 Sabah di nombor ‘013-9391197’ atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian ‘089-983628’ bagi memastikan kesalahan-kesalahan yang melanggar undang-undang negara dapat dibendung seterusnya mengekalkan keamanan dan keselamatan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top