Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

kapal-korek.jpg

Kapal korek yang disyaki mencuri pasir ditahan dan disita polis marin semalam - Foto NSTP/Ihsan PPM

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menyita sebuah kapal korek yang didapati digunakan untuk mencuri pasir di perairan Pulau Usukan, Kota Belud, di sini kelmarin.

Kapal korek yang disyaki berdaftar di Mongolia itu ditahan pegawai dan anggota PPM Wilayah 4 Sabah Kota Kinabalu menerusi Op Terancang, kira-kira jam 5 petang.

Menurut sumber, dalam operasi itu PPM Kota Kinabalu merampas kapal dan pasir yang dianggarkan bernilai RM7.5 juta.

“Menerusi operasi itu pegawai dan anggota PPM Kota Kinabalu membuat pemeriksaan terhadap sebuah kapal korek yang sedang menjalankan aktiviti pengambilan pasir laut di 0.38 batu nautika dari Pulau Usukan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapten kapal seorang warga Indonesia gagal mengemukakan sebarang permit untuk mengambil pasir laut di kawasan berkenaan,” katanya pada Selasa.

Jelasnya, kapten dan dua kru kapal warga China ditahan bagi membantu siasatan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan berkenaan.

“Kapal dan kandungan pasir dirampas untuk dirujuk kepada jabatan dan agensi berwajib untuk tindakan lanjut,” katanya. – BHarian

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top