Polis Marin Patahkan Aktiviti Bom Ikan Di Lahad Datu

marin-lahad-datu.jpg
Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya mematahkan aktiviti menangkap ikan menggunakan bom di sekitar perairan Pulau Sakar, Lahad Datu pagi semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Suprintenden Gan Ping Sin berkata, pasukannya telah mengejar sebuah perahu yang dipercayai melakukan aktiviti bom ikan.

Beliau berkata, perahu tersebut telah ditinggalkan di kawasan Pulau Malamok, Lahad Datu.

Semasa pemeriksaan dilakukan keatas perahu yang ditinggalkan itu, pihak polis menemui barang salah iaitu beberapa botol berisi baja ammonuium nitrat yang dipercayai digunakan untuk tujuan bom ikan. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 1,400.00.

Kesemua barang rampasan tersebut telah dirampas dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985.

Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0139391197.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top