SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menahan sebuah bot jenis pam disyaki membawa barang kawalan tanpa sebarang permit daripada pihak berkuasa di kawasan laut Batu 3 awal pagi tadi.
Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan Sabah, DSP Rusdin Bin Banin berkata semasa pemeriksaan bot dijalankan juragan bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan daratan tanpa dikesan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut mendapati terdapat beberapa jenis barang kawalan tanpa permit. Jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk bot dan enjin pam berjumlah RM16,561.85. Rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah mengalukan masyarakat maritim dan persisir pantai untuk menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 0139391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.
Polis Marin Gagalkan Cubaan Seludup Barang Kawalan
![IMG-20211206-WA0018.jpg](https://www.sabahgazette.com/wp-content/uploads/2021/12/IMG-20211206-WA0018.jpg)
Komen