Polis Kota Belud Tangkap Dua Suspek Pengedar Dadah

pengedar-syabu-kota-belud.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD : Bertindak atas maklumat aktiviti penyalahgunaan dadah semasa menjalankan tugas Ops Tapis Narkotik/Rondaan Covid-19, pada 13 Ogos lepas, anggota Cawangan Narkotik IPD Kota Belud telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kulambai,Kota Belud.

Apabila tiba didapati dua lelaki sedang duduk di tangga rumah tersebut. Sebaik sahaja pegawai serbuan memperkenalkan diri kedua-dua saspek cuba melarikan diri.

Mereka bagaimanapun berjaya ditangkap setelah berlaku pergelutan kecil. Hasil soal siasat suspek mengaku membawa barang salah dalam beg sandangnya dan hasil pemeriksaan didapati terdapat 30 paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke IPD Kota Belud dan hasil pemeriksaan air kencing kedua-duanya didapati positif Meth dan Amp.

Nilai semasa pasaran dadah yang dirampas ialah Rm 565 dan dipercayai akan dipasarkan di sekitar Kota Belud dalam bentuk ‘deck’ berharga Rm 20 hingga Rm 50.

Usaha mengesan sumber suspek memperolehi bekalan dadah akan dijalankan.

 

Kredit Foto: Polis Daerah Kota Belud

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top