Polis Ditegah Buat Pemeriksaan Rambang Ke Atas Warga Asing – KPN

Acryl-Sani-Abdullah-Sani-Bernama-070521.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau akan mengeluarkan arahan menegah pegawai atau anggota polis membuat pemeriksaan ke atas warga asing secara rambang.

Beliau berkata, ia bagi mengelakkan segelintir pegawai dan anggota polis menyalahgunakan kuasa mereka.

“Saya akan mengeluarkan arahan untuk dihentikan serta-merta perbuatan itu, iaitu memeriksa mereka (warga asing) secara rambang tanpa alasan yang munasabah.

Selain itu, polis juga tidak boleh menahan mereka sesuka hati untuk tujuan reman selama dua minggu atas alasan untuk mengesahkan sama ada pasport atau dokumen yang dicap Jabatan Imigresen adalah tulen atau sebaliknya,” katanya semalam.

Acryl Sani berkata, amalan dan budaya sedemikian adalah satu daripada ruang yang boleh membawa kepada salah guna kuasa oleh polis.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top