Polis Cari Pesakit Covid-19 Lari Dari Hospital Lahad Datu

firdaus-abd-halim.jpg
Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Polis giat mengesan seorang lelaki positif Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Lahad Datu malam semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner  Rohan Shah Ahmad, berkata Firdaus Abdul Halim, 30, melarikan diri pada 8.10 malam ketika pihak hospital sedang menyiapkan dokumentasi lelaki berkenaan.

Katanya, lelaki itu datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Lahad Datu selepas mengalami gejala iaitu demam serta hilang deria rasa, dan susulan ujian calitan Covid-19, dia didapati positif.

“Sewaktu proses dokumentasi dilakukan, lelaki itu bertindak melarikan diri dan pihak hospital membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan.

Rohan Shah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan lelaki itu menghubungi pegawai penyiasat polis, Marlisa Maedika di talian 016 2194554 dan kes disiasat bawah Seksyen 270 Kanun keseksaan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top