Polis Buru ‘Youtuber’ ‘Hentam’, Tuduh Dr Jeffrey Rasis

buruan-polis.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai memuat naik satu video berbentuk provokasi terhadap Presiden STAR, Jeffrey Kitingan di YouTube, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Mohd Zaidi Abdullah berkata, lelaki terbabit telah memuat naik satu rakaman video bertajuk ‘Sabah Must Watch! Biopolitik Tokoh Rasis Pemecah Perpaduan Sabah’ yang antaranya mendakwa Kitingan sebagai punca perpecahan kaum di Sabah.

Katanya, siasatan dijalankan berdasarkan satu laporan polis yang diterima daripada seorang pengadu.

“Dalam ucapannya, lelaki terbabit menuduh Dr Jeffrey sebagai seorang rasis dan memiliki ijazah kedoktoran daripada Universiti Harvard yang meragukan.

“Selain itu, lelaki terbabit turut mengeluarkan kenyataan bahawa Dr Jeffrey punca perpecahan kaum di Sabah,” katanya ketika ditemui, pada Isnin.

Mohd Zaidi berkata, lelaki itu yang mengaku sebagai wakil suku kaum Bajau Suluk turut menuduh Dr Jeffrey sebagai punca utama suku kaumnya dibenci.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu terbabit boleh menyalurkannya kepada polis untuk tindakan segera.

“Maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor P Palaninathan di talian 016-4122835 atau 088-529222,” katanya. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top