Polis buru lelaki pecah masuk rumah, curi kenderaan

suspek.jpg

Polis sedang memburu suspek selepas disyaki pecah masuk rumah dan curi kenderaan.

Kongsi Bersama

TAWAU: Seorang lelaki diburu selepas dipercayai memecah masuk rumah dan mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda di Taman Megah Jaya 9, di sini.

Kejadian itu berlaku minggu ini selepas pengadu mendapati pagar dan pintu rumah utama dalam keadaan terbuka sebelum melihat aksi suspek melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada Isnin lepas.

“Laporan itu dibuat oleh seorang lelaki selepas mendapati kenderaan pacuan empat roda yang parkir di dalam kawasan rumahnya hilang selain rumahnya dalam keadaan berselerak.

“Hasil siasatan awal mendapati rumah berkenaan telah ditinggalkan sejak 20 Disember lepas kerana tuan rumahnya pergi bercuti,” katanya dalam kenyataan media, di sini, kelmarin.

Jasmin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta memaklumkan kepada pihak polis.

“Orang ramai boleh tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau atau menghubungi Asisten Superintendan Polis (ASP) Maliki Majuni di talian 013-8198121 atau 089-772121 bagi membantu siasatan,” katanya.

 

Sumber: Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top