POIC Sandakan, Lahad Datu Perlu Bekerjasama Tarik Pelabur

dr-joachim-1.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam telah mengadakan lawatan kerja ke Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sandakan kelmarin.

Semasa lawatan itu Dr Joachim diberi taklimat selama 40 minit yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Sdn Bhd Bacho Jansie, dan diberi penerangan mengenai Hala tuju serta cabaran yang dihadapi POIC Sandakan.

Setakat ini, POIC Sandakan adalah dibawah kendalian Sawit Kinabalu Sdn. Bhd.

Dr. Joachim berharap agar POIC Sandakan akan dapat menjalinkan kerjasama erat dengan POIC Lahad Datu terutamanya dalam menarik pelabur-pelabur yang berpotensi.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Perindustrian, Mohd Tamin Zainal, Setiausaha Tetap Kementerian, Thomas Logijin, Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Tseu Kei Yue, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif POIC Sabah Sdn. Bhd, Lynette Hoo, Presiden Persekutuan Industri Sabah (FSI), Richard Lim, serta pegawai-pegawai kerajaan lain. –Sabah Media


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top