PN Sabah Sepakat Perkukuhkan Kerjasama Dengan BN Dan PBS

CM-Hajiji.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kepimpinan Perikatan Nasional (PN) Negeri Sabah mendokong sepenuhnya kepimpinan YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Muhyiddin Mohd. Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat persekutuan.

Selain itu PN Sabah juga sepakat dan bersetuju memperkukuh kerjasama di antara PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) demi membentuk kesepakatan padu dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sekali gus memperkuat Kerajaan GRS dalam menukaikan amanah dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negeri Sabah.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN) PN Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengatakan demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan tertinggi PN Peringkat Negeri Sabah, yang terdiri daripada BERSATU, STAR, SAPP dan PAS.

Hajiji berkata, dalam perjumpaan tersebut, mereka juga sepakat dan bersetuju untuk membentuk dan memperkemas organisasi serta gerak kerja PN di peringkat negeri hingga ke peringkat akar umbi.

“Kita juga sepakat dan bersetuju untuk memastikan Perikatan Nasional dan parti-parti komponen di Sabah meningkatkan keberkesanan khidmat bakti demi kesejahteraan rakyat,” kata Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah dalam kenyataan media hari ini.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah, turut merakamkan terima kasih kepada Pengerusi PN, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Muhyiddin Mohd Yassin dan barisan kepimpinan parti atas kepercayaan melantik beliau sebagai Pengerusi BPN PN Negeri Sabah.

Katanya, pelantikan itu merupakan satu amanah besar untuk membentuk dan memperkukuhkan organisasi dan gerak kerja parti di peringkat negeri hingga ke peringkat akar umbi.

Hajiji berkata PN Sabah juga mengucapkan tahniah kepada para pemimpin PN Sabah yang terpilih menganggotai Majlis Tertinggi PN Peringkat Nasional iaitu YB. Datuk Seri Panglima Dr. Jeffry Kitingan, Timbalan Pengerusi PN; YB. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (Timbalan Pengerusi PN); YB. Senator Datuk Guandee Kohoi (Ahli Majlis Tertinggi PN dan Encik Edward Dagul (Ahli Majlis Tertinggi PN).,-pr/BNN


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top