PN parti nasional, perlu wakili semua termasuk Sabah, Sarawak – Azmin

azmin.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa sebagai sebuah parti nasional, PN mesti mewakili semua rakyat Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Malaysiakini dalam laporannya memetik Azmin sebagai berkata, gabungan itu meletakkan calon penduduk tempatan pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah sebelum ini, yang membawa kepada kerjasama yang kukuh antara kerajaan negeri dan persekutuan.

“Untuk mencadangkan supaya pilihan raya negeri hanya untuk parti tempatan – saya tidak fikir itu adil kepada rakyat Sabah.

“Sebab pada pilihan raya negeri lepas, apabila PN ditubuhkan hampir sebulan, kita mendapat mandat daripada rakyat Sabah untuk mentadbir Sabah.

“Itu menunjukkan tahap kematangan rakyat Sabah, kerana PN adalah parti nasional dan rakyat Sabah memerlukan rakan kongsi yang kuat dari semenanjung untuk kepentingan negeri dan juga rakyat,” katanya.

Azmin berkata demikian sebagai mengulas tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) menarik diri daripada PN.

Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee berkata keputusan itu dibuar berikutan hasrat PN untuk bertanding dalam pilihan raya negeri Sabah, satu langkah yang bercanggah dengan prinsip partinya.

Bulan lalu, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gabungannya akan berkempen mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam PRN Sabah, yang akan diadakan selewat-lewatnya Disember 2025.

Yong, yang merupakan bekas ketua menteri Sabah, pada September menggesa PN supaya tidak menyertai pilihan raya negeri akan datang.

SAPP adalah parti komponen tunggal pakatan pembangkang di Sabah.

Dahulunya merupakan sebahagian daripada gabungan BN, SAPP bergabung dengan PN dan GRS.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top