PN, BN Dan Sekutu Umum Calon Secara Bersama

kiandee.jpg

Dr Ronald Kiandee (gambar fail)

Kongsi Bersama

BELURAN: Senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diumum secara bersama oleh parti komponen Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan rakan sekutu yang lain.

Serentak dengan itu, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee menyatakan keyakinan bahawa calon dari parti yang dipilih untuk bertanding di mana-mana kawasan akan diberi sokongan padu oleh semua parti komponen dan rakan parti yang lain.

Katanya, ia termasuk bagi calon yang bakal bertanding di kawasan Beluran yang mempunyai tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Telupid, Labuk dan Sugut.

“Saya yakin mana-mana parti yang dipilih untuk bertanding asalkan parti yang menyokong kerajaan Persekutuan, kita akan sokong dan bantu calon ini pada PRN Sabah.

“Sekiranya BERSATU dicalonkan di DUN Labuk, saya yakin UMNO akan menyokong dan begitu juga sebaliknya di kawasan lain yang mana BERSATU akan menyokong mana-mana parti yang dipilih atau diletakkan sebagai calon bagi PN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Mini Karnival Industri Makanan Beluran 2020, Kembara Agropreneur Muda dan Jelajah Prihatin Nelayan di Pentas Terbuka Labuk, Beluran semalam.- Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top