PM umum peruntukan RM80 juta untuk tubuh Pusat Jantung Negara di Sabah

DSAI-Aidilfitri-madani.jpg

Kehadiran Perdana Menteri di majlis sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan 2024 di Kota Kinabalu disambut meriah.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan pusat memberi peruntukan segera RM80 juta untuk menubuhkan pusat jantung negara di Sabah.

Ini akan menjadikannya pusat rawatan jantung kedua terbesar selepas Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu menegaskan terdapat keperluan mendesak untuk pusat jantung di negeri ini kerana kekurangan perkhidmatan kardiologi menyebabkan ramai yang mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur.

“Perkhidmatan kardiologi di Hospital Besar Kota Kinabalu (Hospital Queen Elizabeth II) pada masa ini termasuk klinik pakar, makmal kateterisasi invasif dan bukan invasif, teater pembedahan kardiotoraks, tiga pakar dan 120 jururawat terlatih.

“Bagaimanapun, saya percaya ini tidak mencukupi untuk keperluan rakyat Sabah.

“Justeru, saya dengan ini mengumumkan penubuhan kemudahan khas iaitu Pusat Jantung Negara Sabah yang terletak di Kompleks Hospital Kota Kinabalu.

“Dengan ini, kami akan serta-merta menambah tiga pakar dan kakitangan sokongan terlatih.

“Langkah itu antara usaha kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan di Sabah dan Sarawak,” katanya pada sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan 2024, yang dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin, hari ini.

Lebih 25,000 rakyat daripada pelbagai lapisan hadir memeriahkan majlis sambutan itu.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top