PM Umum Pakej Penjagaan Covid-19 Berjumlah RM 471.6 Juta

ismail-sabri-2.jpg
Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan berjumlah RM471.6 juta untuk Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) kepada Keluarga Malaysia kategori B40 dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas dari jangkitan COVID-19.

Jelas Perdana Menteri, ianya sebagai persediaan ke era endemik Covid-19.

Menurut Perdana Menteri lagi, usaha ini antara lain bertujuan untuk meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu, sekaligus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19. Sehubungan itu, kerajaan akan mengagihkan bantuan PPC yang mengandungi :

  • – Pek pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga);
  • – Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit setiap keluarga);
  • – 1 pulse oximeter;
  • – 1 termometer; serta – Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan

“Secara keseluruhannya terdapat 8.4 juta penerima BPR. Selain itu, dalam usaha untuk meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan daripada risiko jangkitan COVID-19.

“Keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised), warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities), apabila liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80%.” jelas Perdana Menteri melalui kenyataan medianya, pada Ahad.

Dalam pada itu, kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19.

“Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua. Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini.

“Kesemua perincian berhubung pelaksanaan Pakej Penjagaan COVID-19 dan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 akan diumumkan oleh Menteri Kesihatan.” katanya. -SuaraTV


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top