PM Setuju Percepatkan Penubuhan Hospital Medan Tawau

hajiji-2.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju mempercepatkan penubuhan Hospital Medan Tawau untuk membantu negeri ini dalam memerangi pandemik COVID-19.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kepada permintaan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan secara maya di sini pada Isnin.

Hajiji sebelumnya mengatakan bahawa Hospital Medan sebelumnya yang dikendalikan oleh Angkatan Tentera telah berhenti beroperasi.

“Pembukaan semula Hospital Medan di Tawau sangat mendesak sejak kerja-kerja menaiktaraf untuk Hospital Daerah Tawau hanya 60 peratus siap,”katanya.

Hajiji juga turut memaklumkan dalam mesyuarat tersebut bahawa 302 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dikenal pasti di Sabah dan 14 agensi melibatkan 6,800 anggota telah diaktifkan dan menjangkakan musim tengkujuh akan tiba.

Dalam hal ini, katanya Sabah telah mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana berikutan beberapa kes bencana alam yang melanda dan menyebabkan kerosakan besar infrastruktur dan harta benda di beberapa daerah seperti Beaufort dan Penampang serta kawasan lain di seluruh Sabah.

“Dianggarkan RM147 juta diperlukan untuk memperbaiki kerosakan,” katanya, sambil menambah bahawa Kerajaan Negeri berharap bantuan akan datang dari Kerajaan Persekutuan.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top