PM Persembah Senarai Kabinet Pagi Ini?

pm-istana.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini di Pahang.

“Ada (majlis Perdana Menteri, Datuk Seri) Ismail Sabri menghadap Agong pagi ini.

“Jam 11 pagi,” kata satu sumber memetik MalaysiaGazette.

Difahamkan pertemuan itu akan diadakan di Kuantan, Pahang.

Pertemuan itu dipercayai untuk mengemukakan senarai calon bagi jawatan menteri-menteri Kabinet.

Dalam pada itu, senarai menteri dijangka diumumkan Ismail Sabri pada Jumaat ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, senarai jemaah menteri Kabinet akan diumumkan minggu ini juga selepas beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada  Sabtu lalu.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top