PM mahu kemiskinan tegar di Sabah dinoktahkan sebelum akhir Julai

Anwar.jpg
Kongsi Bersama

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kemiskinan tegar di Sabah, dinoktahkan sebelum akhir Julai tahun ini.

Beliau berkata walaupun masalah kemiskinan di Sabah lebih serius dari di Pulau Pinang atau di Selangor, namun sasaran tersebut mampu dicapai berikutan bilangan ketua isi rumah dalam kategori miskin tegar di negeri ini telah menurun daripada 20,000 kepada 9,000 orang.

“Miskin tegar ini maksudnya uniform sekolah tak mampu dibeli, makan minum atau susu bayi mungkin ada masalah, sebab itu menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan dan negeri untuk menoktahkan kemiskinan tegar.

“Kita mahu noktahkan kemiskinan tegar di negeri Sabah ini sebelum akhir Julai 2024,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzli; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan Presiden KDCA, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top