PM Dijangka Umum Kelonggaran Rentas Negeri Hari Ini

rentas-negeri.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Sasaran untuk capai kadar 90 peratus populasi dewasa yang lengkap vaksinasi semakin hampir.

Berbaki hanya 0.3 peratus lagi selepas 89.7 peratus populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kelonggaran rentas negeri hari ini.

Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, seramai 21.003 juta individu lengkap divaksinasi sementara 22.17 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 21.10 juta individu atau 64.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Manakala, 74.8 peratus atau 24.42 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, seramai 204,536 atau 6.5 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Terdapat pertambahan 141,897 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 45.52 juta dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. – AWANI


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top