PM Di Sabah Untuk Lawatan Kerja Sehari

PM-di-Sabah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakob tiba di Sabah bagi menghadiri Sambutan Hari Malaysia Ke-58 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), malam ini.

Pesawat khas yang dinaiki Ismail dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa mendarat di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sekitar pukul 11.05 pagi.

Ketibaan mereka disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin serta menteri-menteri kabinet Sabah.

Ismail dijangka berangkat pulang ke ibu negara, Jumaat ini.

Ini merupakan kunjungan pertama Ismail Sabri selaku Perdana Menteri Malaysia selepas kali terakhir melawat Sabah, pada 21 Ogos lalu.

Selain Annuar, Ismail disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Perdana Menteri kemudian menghadiri taklimat pembangunan negeri oleh Setiausaha Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong di Menara Kinabalu mengenai keperluan pembangunan di Sabah.

Perdana Menteri mengatakan Sabah akan terus mendapat perhatian, memetik beberapa projek yang akan diberi keutamaan terutamanya projek yang berpusatkan orang ramai seperti sekolah, infrastruktur dan kemudahan.

Selepas taklimat tersebut, Ismail Sabri menyampaikan replika cek bernilai RM18,241,250 sumbangan kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) kepada Ketua Menteri.

Semalam, keadaan cuaca buruk telah melanda negeri ini dan di sekitarnya, Perdana Menteri mengakui lebih banyak dana untuk keperluan negeri akan dipertimbangkan dengan baik terutama ke daerah Penampang yang menanggung beban kerosakan akibat bencana alam.

Untuk rekod, Sabah menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Malaysia bagi tahun ini dengan temasya berkenaan akan disambut dengan kaedah norma baharu di SICC.

Acara malam ini akan dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan juga barisan pemimpin-pemimpin dari seluruh negeri.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top