KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak bahawa isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) akan diselesaikan secepat mungkin.
Katanya, isu tersebut telah bermula sejak puluhan tahun lagi dan beliau akan pastikan masalah tersebut tidak terus berlarutan.
“Dengan ini saya beri mandat penuh kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk selesaikan sedaya upaya apa sahaja perjanjian yang telah dimeterai di dalamnya dan lakasanakan.
“Ada yang pihak memperolok kerana kononnya kerajaan mahukan jaminan sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Saya jawab, itu memang ada, akan tetapi yang lebih penting adalah kerana ia merupakan tanggungjawab pimpinan generasi kini adalah untuk melaksanakan sumpah setia dan janji bapa kemerdekaan kita,” katanya ketika menyampaikan Amanat Perdana sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini semalam.
Sumber: Kosmo! Online