PM Beredar Selepas Dua Jam Menghadap Agong

kereta-muhyiddin-yassin-bernama.jpg
Kongsi Bersama

KUANTAN: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Abdulaziz selepas lebih 2 jam menghadap Yang di-Pertuan Agong, dipercayai berhubung kemungkinan perintah darurat separa untuk menangani Covid-19.

FMT difahamkan tiada pengumuman secara langsung akan dibuat oleh perdana menteri malam ini, malah kenyataan rasmi juga tidak mungkin dikeluarkan.

Terdahulu, Bernama melaporkan kenderaan membawa Muhyiddin dilihat meninggalkan istana pada 7.10 malam. Beliau tiba di istana pada 4.40 petang tadi.

Turut kelihatan kenderaan membawa Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Affendi Buang, dan beberapa kereta rasmi milik kerajaan Pahang.

Bernama difahamkan konvoi itu yang membawa perdana menteri terus ke Pangkalan Tentera Udara Kuantan untuk menaiki pesawat pulang ke Kuala Lumpur.

Pagi tadi Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya untuk membincangkan isu semasa dan urusan kerajaan. Affendi juga dipercayai hadir dalam mesyuarat itu.

Spekulasi tersebar luas mendakwa kerajaan mempertimbangkan langkah darurat untuk menangani Covid-19 yang merekodkan angka jangkitan 700 hingga 800 kes sehari.

Foto: Bernama

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top