PM Arah Kabinet Batal Cuti, Menteri Di Luar Negara Balik Segera

pm.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Ahli Kabinet diarah membatalkan percutian dan segera pulang ke Malaysia jika berada di luar negara.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya kesemua ahli Kabinet sentiasa bersama rakyat yang sedang menghadapi bencana banjir pada waktu ini.

“Saya sudah arahkan semua menteri yang rancang percutian masing-masing untuk batalkan percutian mereka, mereka yang berada di luar negara yang boleh balik, balik segera.

“Supaya kita boleh bersama rakyat yang sedang kesusahan ini,” katanya.

Bencana banjir yang berlaku memusnahkan bandar-bandar utama termasuk Shah Alam, Klang, dan Hulu Langat serta beberapa negeri lain telah mengakibatkan jumlah kematian mencecah 40 orang.

Terdahulu, pemimpin politik persekutuan dan negeri dikecam masyarakat kerana didakwa gagal menggerakkan usaha pemindahan dengan lebih awal.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top