PM Anwar Mula Tugas Sebagai Menteri Kewangan

Anwar-MOF.jpg

Beliau tiba di kementerian tersebut pada pukul 7.57 pagi, melakukan imbasan di mesin kedatangan sebagai tanda memulakan tugas di kementerian itu. - Foto BERNAMA

Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Selepas 24 tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan, secara rasmi hari ini.

Beliau tiba di kementerian tersebut pada pukul 7.57 pagi, melakukan imbasan di mesin kedatangan sebagai tanda memulakan tugas di kementerian itu.

Ketibaan beliau disambut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Dr Awang Adek Hussin dan kakitangan kementerian berkenaan.

Pada 25 November lalu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu secara rasminya memulakan tugas sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Semasa Krisis Kewangan Asia pada 1997, Anwar menyokong prinsip pasaran bebas dan mengetengahkan isu-isu berkaitan hubungan perniagaan dan politik di Malaysia.

Perdana Menteri juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa pada 1998 selama dua tahun dan amat menyokong inisiatif pembatalan hutang bagi negara miskin, terutamanya negara-negara di benua Afrika.

Beberapa penasihat dilaporkan akan membantu dalam urusan Kementerian Kewangan yang diketuai Penasihat Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Sebelum ini, Anwar, 75, pernah memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun, dari 1991 hingga 1998 di bawah pentadbiran perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad. – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top