PM Akui Pulau Pinang, Sabah, Sarawak Terpinggir Dalam Penerimaan Bajet

bajet.jpg
Kongsi Bersama

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebenaran bahawa Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak terpinggir daripada segi penerimaan peruntukan bajet daripada kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, keluhan pimpinan kerajaan negeri berhubung perkara itu akan mendapat perhatian sewajarnya meskipun terdapat kekangan dalam aspek pendapatan dan perbelanjaan kerajaan.

“Bajet itu dalam pertimbangan saya, walaupun ada kekangan dari segi pendapatan dan perbelanjaan kerana memang benar Pulau Pinang telah dipinggirkan dari segi peruntukan dan sama juga bila saya pergi ke Sabah serta Sarawak memang ada kekurangan besar.

“Peruntukan di Pulau Pinang membabitkan infrastruktur besar manakala Sabah dan Sarawak termasuk prasarana kecil iaitu klinik, hospital, perumahan rakyat, sekolah-sekolah daif itu yang harus kita beri tumpuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri porgam kenduri rakyat di Cherok Tok Kun di sini, malam ini.

Beliau menjawab persoalan sama ada Pulau Pinang akan menerima peruntukan lebih pada Bajet 2023 susulan pimpinan negeri mendakwa selalu dipinggirkan meskipun mereka antara penyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Terdahulu media melaporkan Anwar berkata Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula pada 24 Februari ini, tidak akan terikat dengan bajet yang dibentangkan oleh kerajaan terdahulu iaitu pada Oktober 2022.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang sering dipinggirkan dan negeri kedua paling rendah menerima peruntukan bajet 2022 daripada kerajaan Persekutuan.

Kon Yeow, tindakan tersebut adalah tidak wajar jika dibandingkan dengan jumlah sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada KDNK.

Berita asal: Bharian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top