PM Adakan Pertemuan Dengan Pembangkang, Usaha Cari Titik Temu

IMG_20210825_172704.png
Kongsi Bersama

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dalam satu kenyataan bersama pemimpin Pakatan Harapan memberi jaminan akan mencari titik persamaan terbaik bagi menangani krisis penularan wabak Covid-19 dan ekonomi negara.

Kata mereka, selain agenda kepentingan rakyat, pertemuan itu juga mencari persetujuan bersama bagi memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

“Pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam ini, tertumpu menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

“Kami juga bersetuju memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks ‘keluarga Malaysia’,” kata mereka.

Selain Ismail Sabri, kenyaaan bersama itu ditandatangai oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah sebelum ini menzahirkan pandangan supaya ahli-ahli Dewan Rakyat dapat bersatu hati serta berusaha mewujudkan perpaduan dan penyatuan semua parti-parti politik.

Seri Paduka juga bertitah supaya mereka memberi fokus kepada isu-isu semasa dan menjernihkan kembali kekusutan yang telah berlaku dengan kadar yang segera. – Malaysiakini


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top