PKR Umum Senarai Calon PRU15 Esok

DSAI-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Esok, Jumaat, PKR akan mengumumkan senarai penuh calon yang mewakili kuota parti itu dalam Pakatan Harapan (PH) bagi PRU15.

Perkara itu diberitahu oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat parti itu semalam.

Sebelumnya Anwar yang juga Pengerusi PH mengumumkan anak bekas menteri besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat, Nik Omar Nik Abdul Aziz bertanding atas tiket PH di salah sebuah kerusi Parlimen di Perak.

Dalam sidang media khas yang diadakan semalam itu Anwar turut memperkenalkan sekumpulan calon berketerampilan dari pelbagai latar belakang dan kepakaran.

Antara yang tokoh yang diperkenalkan ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Agrotani, yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Zainal Azman Abu Seman.

PKR juga akan meletakkan bekas Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, untuk bertanding di Pahang.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Parasitologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Noraishah Mydin Abdul Aziz, yang juga merupakan tokoh profesional berkelainan upaya, akan bertanding di Wilayah Persekutuan.

Turut menarik perhatian ialah bekas presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha, yang akan diletakkan di Negeri Sembilan.

Dua lagi individu yang diperkenalkan ialah pegawai Country Head (Saudi) untuk UEM Edgenta Bhd, Saipolyazan Yusop yang akan bertanding di Selangor, dan calon doktor falsafah Universiti Malaya berusia 28 tahun, Fathin Amelina Fazlie, yang akan bertanding di Perlis.

Anwar berkata, pengumuman penuh sama ada mereka akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, akan dilakukan di Majlis Pengumuman Calon Keadilan PRU-15 di Ampang Jaya, esok.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top