PKR Tanding 72 Kerusi Parlimen di Semenanjung

DSAI-Rafizi.jpg

Anwar dan Rafizi menunjukkan borang Aku Janji yang ditandatangani pada Majlis Pengumuman Calon PKR di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya,

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: PKR hari ini mengumumkan akan bertanding di 72 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia dengan lapan daripadanya terletak di Perak.

Turut diumumkan ada majlis Malam Pengumuman Calon PKR di Ampang, malam tadi adalah nama calon-calon yang dipertaruhkan bertanding di kerusi-kerusi berkenaan.

Selain presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di Parlimen Tambun, beberapa nama besar lain turut dicalonkan di negeri itu. Antara mereka termasuklah anak kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar yang diumumkan bertanding di Parlimen Pasir Salak dan bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin pula diletakkan di Parlimen Bagan Datuk, dijangka berentap dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim akan bertanding di Parlimen Padang Rengas manakala bekas Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Amin pula di Bagan Serai.

Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan bertanding di Gombak dan dijangka berdepan penyandang kerusi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang merupakan bekas naib presiden dan menteri besar Selangor.

Sementara itu Nik Nazmi Nik Ahmad kekal di Setiawangsa, Wan Azizah Wan Ismail akan berpindah ke Bandar Tun Razak, manakala ketua pemuda PKR, Adam Adli bertanding di Hang Tuah Jaya.

Dengan pengumuman yang dibuat oleh PKR, Perak kini menjadi negeri paling panas dalam PRU15 apabila satu demi satu nama-nama besar dalam arena politik negara menjadi calon di negeri tersebut.

Terdahulu, DAP Perak mengumumkan bakal bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 19 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU15.

Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Howard Lee Chuan How yang sebelum ini disebut-sebut akan bertanding di Gerik, diumumkan bertanding di Parlimen Ipoh Timor.

Penyandang kerusi Parlimen Ipoh Timor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Wong berpindah ke Parlimen Taiping.

Sementara itu, penyandang lain-lain kerusi Parlimen kekal bertanding termasuk M. Kulasegaran (Ipoh Barat), V. Sivakumar (Batu Gajah), Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) dan Nga Kor Ming (Teluk Intan).

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top