PKR Serah Tiga, Dapat Sembilan…

PKR-Flag-fb-pic-e1599689052129.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan akan menyerahkan tiga kerusi yang ditandinginya sebelum ini iaitu Kadamaian, Kuala Penyu dan Karanaan.

Sebagai pertukaran, parti itu akan diberikan sembilan kerusi yang sebelum ini tidak ditandinginya. Kerusi-kerusi itu adalah empat kerusi baharu iaitu Segama, Limbahau, Pintasan dan Sungai Manila serta lima kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh Warisan iaitu Klias, Sook, Kemabong, Membakut dan Petagas.

Untuk rekod, Petagas disandang oleh wakil rakyat Warisan, Uda Sulai. Warisan tidak memenangi kerusi lain yang ditandinginya pada pilihan raya umum lalu.

PKR juga akan mengekalkan lima kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya lalu, iaitu Api-Api, Inanam, Tempasuk, Tamparuli dan Matunggong.

PKR memenangi Api-Api dan Inanam pada pilihan raya umum lalu tetapi tewas di kerusi lain.

Difahamkan untuk PRN ini PKR yang akan bertanding menggunakan logo sendiri diberi 14 kerusi untuk ditandingi, meningkat enam kerusi berbanding 8 kerusi pada PRU 14.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top