PKR Sabah mahu ketuanya dilantik sertai majlis MA63 kerajaan

mustapha-sakmud.jpg

Datuk Mustapha Sakmud (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: PKR Sabah mahu ketuanya, Datuk Mustapha Sakmud, menjadi sebahagian daripada majlis pelaksanaan kerajaan berhubung Perjanjian Malaysia 1963, lapor FMT.

Laporan itu memetik Ketua Penerangan PKR Sabah Razeef Rakimin sebagai berkata pendirian itu dibuat oleh pucuk pimpinan negeri ketika bermesyuarat pada Sabtu.

Mustapha, yang juga timbalan menteri pengajian tinggi, dilantik sebagai ketua PKR Sabah yang baharu pada 26 Mei, menggantikan Sangkar Rasam.

Razeef juga mengulangi sokongan PKR Sabah kepada Datuk Christina Liew, bekas pengerusi PKR negeri, untuk terus memimpin Pakatan Harapan Sabah.

Beliau berkata kepimpinan negeri juga bersetuju membentuk biro kerakyatan bagi membantu KDN dan kerajaan negeri menyelesaikan isu dokumentasi yang melibatkan rakyat Sabah.

PKR Sabah turut melantik tujuh ahli baharu dalam majlis pimpinan negeri iaitu bekas ahli Parti Cinta Sabah Ahmad Farid Sainuri, bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Progresif Sabah Roger Stimin, bekas Ketua Wanita PKR Sabah Rubiah Onga, Lim Fui Keong, Hugo Lean, Jamir Bajide dan Ramlan Naim.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top