PKR Minta Lebih 25 Kerusi

christina.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: “Bukan 25, tetapi lebih,” khabarnya itulah jawapan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew ketika ditanya media mengenai jumlah kerusi yang mahu ditandingi parti itu dalam PRN Sabah nanti.

Media juga melaporkan yang Christina menafikan PKR merajuk selepas dikatakan gagal mendapat 25 kerusi untuk ditandingi.

Menjelaskan bahawa dakwaan yang tersebar di media sosial itu sebagai tidak benar, Christina memberitahu pemberita Warisan Plus sudah hampir mencapai kata sepakat tetapi rundingan masih berjalan.

Ketika ditanya, beliau enggan memberitahu jumlah kerusi yang mahu ditandingi parti itu.

“Bukan 25 tetapi lebih namun semua ini masih dalam proses untuk dimuktamadkan dan kami harap kami dapat bekerjasama dengan parti lain,” katanya.

“Presiden Anwar Ibrahim sebelum ini juga menyatakan harapan untuk mendapat lebih banyak kerusi berbanding sebelum ini, tapi ia masih dalam perbincangan, jadi kita lihat nanti macam mana,” katanya di majlis ramah mesra PKR Sabah dengan media hari ini.

Christina juga berkata PKR masih boleh bekerjasama dengan parti lain kerana “pilihan raya kali ini sangat penting”.

“Perkara paling penting ketika ini ialah kerjasama untuk memastikan kemenangan, walaupun memenangi kerusi buat PKR juga penting namun kita juga harus melihat kerjasama dengan parti lain seperti DAP, Warisan dan Upko.”

Christina turut memaklumkan partinya akan meletakkan lebih ramai calon muda.

“Bagaimanapun kami masih menitik beratkan soal kesetian kepada parti kerana sebelum ini kita mempunyai pemimpin yang muda tetapi telah lompat,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, PKR hanya memenangi 2 daripada 8 kerusi yang ditandingi iaitu di DUN Api-Api dan Inanam.

Bagaimanapun, PKR kini hanya mempunyai 1 kerusi DUN selepas wakil rakyat mereka di Inanam, Kenny Chua dipecat daripada parti itu kerana menyokong Musa Aman sebagai ketua menteri pada penghujung Julai lalu.- Sumber asal:FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top