BANDAR MELAKA: PKR yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan 11 calon dalam PRN kali ini gagal menang walau satu kerusi. Anwar juga merupakan pengerusi PH.
PKR hampir menang di Paya Rumput. Bagaimanapun calonnya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin tewas di tangan calon BN, Rais Yasin.
Pada PRU 2018, PKR menang tiga kerusi DUN.
Sementara itu, dua komponen PN iaitu PAS dan Gerakan, yang mengambil keputusan untuk bersama-sama Bersatu berbanding BN, juga pulang dengan tangan kosong.
PAS bertanding di lapan kerusi manakala Gerakan di lima kerusi.
Komen