PKR akan bincang kemelut di Sabah

Sazalye-n-Sangkar.jpg

Sazalye (kiri) dan Dr Sangkar

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: PKR bersedia untuk membincangkan pergolakan dalaman terbaharu parti itu di Sabah dalam mesyuarat majlis pimpinan pusatnya Ahad ini, lapor FMT.

Ia berikutan tindakan 15 ketua cabang PKR di negeri ini yang menolak kepimpinan pengerusi negeri Datuk Dr Sangkar Rasam.

“Konflik PKR Sabah akan dibincangkan dalam mesyuarat Ahad ini,” kata pengarah komunikasi PKR Lee Chean Chung kepada FMT.

Mesyuarat itu dijangka dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga presiden PKR.

Pada sidang media di Kota Kinabalu Ahad lepas, Ketua Bahagian Kota Marudu PKR Sazalye Donol berkata 15 ketua cabang di Sabah telah sebulat suara meminta Sangkar berundur sebagai pengerusi negeri.

Kesemua 15 orang itu telah keluar dari mesyuarat pimpinan negeri selepas menyatakan rasa tidak senang mereka terhadap kepimpinan Sangkar.

Sazalye juga berkata 15 akuan berkanun daripada ketua bahagian telah diserahkan kepada setiausaha politik Anwar, Azman Abidin.

Sangkar bagaimanapun menolak gesaan untuk meletak jawatan, mengatakan bahawa kritikan terhadap kepimpinannya tidak berasas.

Beliau berkata anggota parti itu harus berhenti membuang masa dalam perkara sedemikian dan sebaliknya menumpukan perhatian kepada kebajikan dan pembangunan rakyat.

Pilihan raya Sabah akan datang hanya dijangka menjelang Oktober 2025, tetapi pengerusi Gabungan Rakyat Sabah Hajiji Noor telah menolak kemungkinan mengadakannya lebih awal.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top