PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Mac

adham.jpg
Kongsi Bersama

Kerajaan telah mewartakan perintah untuk melanjutkan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) sehingga 31 Mac 2021, selepas peraturan itu berakhir tengah malam tadi.

Antara lain, peraturan tersebut membolehkan ketua pengarah kesihatan mengeluarkan sebarang arahan bagi mencegah dan mengawal jangkitan Covid-19.

Aktiviti seperti pelancongan dalam dan luar negeri, aktiviti pub dan kelab malam (kecuali perniagaan restoran dalam pub atau kelab malam), dan aktiviti di mana penjarakan fizikal sukar dilaksanakan adalah dilarang.

Pegawai yang diberi kuasa juga boleh mengeluarkan arahan berhubung pergerakan dan aktiviti mana-mana individu di dalam kawasan yang telah dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Mereka yang melanggar peraturan tersebut boleh dikenakan denda hingga RM1,000, penjara hingga enam bulan, atau kedua-duanya.

Warta yang dinamakan “Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (No. 9) 2020” itu dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (gambar) bertarikh 31 Disember 2020 dan disebarkan oleh Majlis Keselamatan Negara pada jam 12.27 pagi 1 Januari 2021. – Malaysiakini

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top