PKPB Sabah Dilanjutkan Hingga 14 Januari

Masidi-Manjun.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah sehingga 14 Januari tahun depan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu kenyataan berkata, lanjutan PKPB itu dilakukan susulan jumlah kes harian Covid-19 di negeri ini masih lagi tinggi dan menunjukkan peningkatan.

Untuk itu, atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di seluruh Sabah bermula 1 hingga 14 Januari 2021.

Katanya, sehingga 27 Dis, sebanyak 36,074 kes positif Covid-19 direkodkan di Sabah.

Sementara itu, kerajaan turut menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung (Kg) Dasar Baharu dan Kg Desa Bajau, Lahad Datu seperti yang dijadualkan.

PKPD di kedua-dua lokaliti ini bermula pada 2 Dis, kemudian dilanjutkan dan dijadualkan tamat esok, 29 Dis.

Katanya, sehingga 15 Dis, KKM telah melaksanakan sebanyak 2,174 ujian saringan dan 274 kes positif Covid-19 telah dikesan di kedua-dua lokaliti ini iaitu 259 orang di Kg. Desa Bajau dan 15 orang di Kg. Dasar Baru.

Bagaimanapun, KKM mengesahkan baki kes positif Covid-19 di kedua-dua lokaliti ini menunjukkan tren penurunan dan terkawal.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top