PETALING JAYA: Kerajaan memutuskan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di 3 daerah di Sabah dan 1 di Selangor.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB itu dilaksanakan di Sandakan, Papar, Tuaran, di Sabah dan Klang, Selangor bermula 9 Oktober ini.
“Ini bagi membendung penularan Covid-19 di kawasan itu,” katanya pada sidang media hari ini yang disiarkan menerusi Facebook Kementerian Pertahanan.