PKPB di Kuala Lumpur, Selangor Dan Sabah Dilanjutkan Mulai Isnin hingga 20 Disember

ismail-sabri.jpg

PUTRAJAYA, 30 Julai -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Perdana Putra hari ini.
-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA


KUALA LUMPUR, July 30 -- Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob during daily press conference regarding the Recovery Movement Control Order (RMCO) at the Perdana Putra today.
-- fotoBERNAMA (2020) COPY RIGHTS RESERVED



Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah, dilanjutkan bermula Isnin ini hingga 20 Disember ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPB itu dilanjutkan atas nasihat dan penilaian risiko dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Secara kumulatif sehingga kelmarin, sebanyak 6,366 kes positif COVID-19 direkodkan di Kuala Lumpur. KKM mengesahkan masih terdapat peningkatan kes positif COVID-19 yang ketara daripada beberapa kluster membabitkan Wilayah Persekutuan.

“Secara kumulatif hingga tempoh sama di Selangor, sebanyak 15,534 kes positif COVID-19 direkodkan. Bagaimanapun, terdapat beberapa daerah menunjukkan kes positif COVID-19 yang terkawal iaitu satu kes aktif di Sabak Bernam, Hulu Selangor (10 kes) dan Kuala Selangor (28 kes),” katanya.

Tambah beliau, atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, sidang khas pada Jumaat bersetuju PKPB di seluruh Selangor dilanjutkan lagi kecuali daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang akan kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kementerian Pertahanan di sini, pada Sabtu.

Mengenai PKPB di Sabah, Ismail Sabri berkata, sebanyak 29,577 kes positif COVID-19 direkodkan di Sabah, setakat Khamis.

Katanya, KKM turut mengesahkan masih terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di beberapa daerah di seluruh negeri itu.

Bagaimanapun atas nasihat KKM, sidang khas pada Jumaat turut bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di K-Avenue, Megacity, Penampang, Sabah, seperti dijadualkan.

“KKM melaksanakan 393 ujian saringan dan sebanyak 144 kes kumulatif positif COVID-19 direkodkan di lokaliti itu.

“Namun, sehingga Khamis hanya tinggal baki 17 kes aktif yang direkodkan kawasan terbabit,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top