PKP: Tamu, Pasar Malam, Pasar Tani Kekal Tidak Dibenar Beroperasi

pasar-malam.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah akan terus melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedia ada yang telah ditetapkan sehingga 4 Februari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, operasi pasar malam, pasar tamu dan pasar tani kekal tidak dibenarkan dibuka seperti ketetapan dalam SOP PKP Sabah yang dikeluarkan Kerajaan Negeri pada 23 Januari lalu.

“Ini bagi memastikan penularan wabak pandemik Covid-19 dapat dibendung dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Masidi berkata, pihak PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang ingkar pada SOP yang sedang berkuatkuasa dengan mengenakan kompaun RM1000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top