PKP: Semua Majikan Layak Mohon Subsidi Upah

pekerja.jpg
Kongsi Bersama

Semua majikan yang beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) layak memohon Program Subsidi Upah 3.0, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, ia antara inisiatif kerajaan dalam menambah baik program itu yang membabitkan peruntukan RM1 bilion dan dianggarkan akan memberi manfaat kepada 250,000 majikan menggaji lebih 2.6 juta pekerja.

“Bagi tempoh sebulan, majikan yang layak tanpa mengambil kira sektor akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000.

“Selain itu, had 200 pekerja bagi setiap permohonan akan ditingkatkan kepada 500 pekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen dam media sosial, semalam.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kerajaan juga bersetuju melonggarkan syarat permohonan bagi program Sistem Insurans Pekerja (SIP Prihatin) seperti diumumkan sebelum ini.

Katanya, pekerja yang tidak memenuhi caruman minimum atau tidak dilanjutkan kontrak perkhidmatan selepas pembaharuan dibuat sekurang-kurangnya tiga kali dibenarkan untuk memohon bantuan berkenaan sebanyak 30 peratus daripada gaji selama tiga bulan. – HMetro


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top