PKP: Lebih 300,000 Rakyat Di Sabah Akan Dapat Bantuan RM300

hajiji-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 untuk membantu rakyatnya yang terjejas dengan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, RM128.98 juta yang diperuntukkan di bawah program itu akan dibahagikan kepada dua bahagian

Bahagian pertama membabitkan peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM97.4 juta yang akan diberikan kepada 324,661 orang di negeri itu, dengan setiap seorang akan menerima bantuan sekali bayar RM300.

Katanya, mereka yang akan menerima bayaran itu ialah kumpulan B40, penerima e-Kasih, anak yatim, warga emas, ibu tunggal, petani, orang kelainan upaya, pemandu pelancong, pemandu teksi dan penjaja, antara lain.

Beliau berkata, baki RM31.58 juta di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara akan digunakan untuk bantuan bakul makanan kepada penduduk terjejas dengan perintah kuarantin di rumah atau lokaliti di bawah PKP diperketatkan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top