PKP Akan Berakhir Sebelum Hari Pertama Tahun Baharu Cina?

PKP.jpg
Kongsi Bersama

Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sekarang dijangka berakhir sebelum hari pertama perayaan Tahun Baru Cina.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerajaan dijangka memperkenalkan semula perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) selama tiga bulan atau lebih.

Beliau berkata, sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan diharap dapat mengurangkan jumlah kes kepada dua angka menjelang Mei nanti.

Beliau juga menolak kemungkinan kerajaan akan melaksanakan PKP melebihi empat minggu.

Hisham berkata, pihaknya fokus untuk mengimbangi keperluan membela mata pencarian rakyat dengan kesihatan umum.

PKP 2.0 yang berkuat kuasa sekarang dijadualkan tamat 4 Feb ini.

Dalam pada itu, Hisham berkata, 95 daripada 135 hospital swasta bersetuju menerima pesakit kategori 3, 4 dan 5 yang disifatkan serius.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top