PKDM bermimpin di siang hari, hanya tamak kuasa

raden-malleh-n-dr-janathan.jpg

Radin Malleh (kiri) dan Dr Janathan

KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (PKDM) kini berada di landasan yang betul untuk kecundang pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Demikian mesej pedas daripada  pemimpin veteran Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Radin Malleh yang memberitahu Presiden PKDM Datuk Peter Anthony yang dia bermimpi di siang hari jika menyangka boleh “melakukan apa yang dia lakukan” pada pilihan raya lalu untuk meraih sokongan.

“Peter telah menjadi Adun Melalap sejak 2018, tetapi bolehkah beliau menunjukkan apa-apa yang beliau lakukan untuk kawasannya?.

“Beliau menjadi Menteri JKR (Menteri Pembangunan Infrastruktur) selama dua tahun semasa Warisan memerintah tetapi bolehkah beliau tunjukkan jalan mana di Melalap yang telah diselenggara, apatah lagi dinaik taraf?,” tanya bekas timbalan presiden PBS itu.

Beliau berkata rakyat tidak akan tertipu lagi dan kini sedar bahawa PKDM bukanlah sebuah parti yang boleh diharap.

“Parti (PKDM) tidak mempunyai tujuan kecuali ketamakan individu untuk kuasa. Menjadi YB (wakil rakyat) adalah untuk mengejar agenda peribadi dan bukannya kepentingan rakyat Sabah.

“Apabila tiba masanya, rakyat hanya akan memilih pemimpin yang memperjuangkan kepentingan mereka,” kata Radin, yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri dan Adun Melalap

Peter dilaporkan berkata semasa program “Santai Komuniti Melalap” di Tenom minggu lepas bahawa beliau yakin PKDM boleh menawan sekurang-kurangnya tujuh kerusi di utara Sabah pada pilihan raya negeri akan datang.

Dan, keyakinannya adalah berdasarkan “sokongan rakyat yang semakin meningkat”.

“Kami mungkin parti kecil tetapi kami telah membuktikan keupayaan kami untuk mengalahkan parti gergasi PBS di kawasan parlimen Kota Marudu pada pilihan raya umum lalu,” kata Peter, bekas naib presiden Warisan.

Tetapi, seorang ketua bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) berkata pemimpin PKDM itu harus berdepan dengan realiti dan bukannya terlalu yakin.

“Keyakinan yang berlebihan anda akan menjauhkan pengundi yang tidak dapat membuat keputusan dan anda akan mengalami kekalahan,” kata Ketua PGRS Tandek Datuk Dr Janathan Kandok.

Dan, beliau juga memberitahu Peter supaya tidak menyalah anggap kemenangan undian PKDM di Kota Marudu tahun lepas sebagai petunjuk peningkatan sokongan kepada partinya.

Dr Janathan berkata kini di Sabah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor adalah pilihan utama untuk masa hadapan.

“GRS semakin berkembang dan kini menjadi pilihan semua orang. Dan, pelan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilancarkan dua tahun lalu oleh Ketua Menteri akan membawa negeri ini ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Di bawah pentadbiran GRS, Sabah mencatatkan lebih RM12 bilion hasil dalam tempoh dua tahun lepas dan keyakinan pelabur telah melonjak, tambah beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top