KAJANG: Kerajaan perpaduan nasional pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibentuk semalam bersedia menerima penyertaan Perikatan Nasional (PN) dan parti-parti politik lain.
Hal itu dinyatakan oleh Anwar pada sidang medianya di sini semalam.
Menurut beliau setakat semalam kerajaan perpaduan itu sudah membabitkan penyertaan tiga komponen utama iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Saya tetap bersedia menerima semua yang lain. Saya menunggu kesediaan rakan-rakan termasuk Perikatan Nasional (PN) walaupun kenyataan Pengerusi PN peringkat awal tidak memberangsangkan,” katanya.
Komen