Pindah Minyak Tanpa Kebenaran: Maritim Malaysia Tahan Lapan Lelaki, Rampas Dua Kapal Tangki

rampas.jpg

Dua kapal tangki yang dirampas.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) merampas dua buah kapal tangki dan menahan lapan anak kapal selepas didapati melakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran, di kedudukan satu batu nautika dari Labuan, di sini semalam.

Pengarah APMM Labuan, Kapten Maritim Nudin Jusoh berkata anggota-anggotanya sedang menjalankan rondaan rutin di kawasan itu pada sekitar jam 3 pagi apabila mereka dua kapal merapat antara satu dengan lain.

Pemeriksaan yang dilakukan kemudiannya mendapati anak-anak kapal itu sedang memindahkan minyak secara haram dari sebuah kapal ke kapal yang satu lagi.

“Kedua-dua kapal dan anak kapal tidak mempunyai dokumen kebenaran daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia untuk aktiviti pemindahan
minyak.“Selain itu, lokasi itu juga tidak digezetkan sebagai kawasan aktiviti pemindahan antara kapal (Ship-To-Ship Transfer),” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata kedua-dua kapal dan anak-anak kapal berusia antara 30 dan 50 tahun ditahan untuk siasatan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

Nudin berkata, Maritim Malaysia menasihatkan semua komuniti perkapalan supaya mengikuti saluran yang betul ketika melakukan aktiviti Ship-to-Ship Transfer bagi mengelakkan disabitkan kesalahan undang-undang.

“Komuniti maritim juga diminta supaya melaporkan salah laku jenayah di laut kepada Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui talian kecemasan MERS 999,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top