Pindaan RUU Ordinan Buruh Sabah-Sarawak dibentang Parlimen akan datang – PM

PM-Hari-Pekerja.jpg
Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap 67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) itu bagi memastikan selari dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.

Katanya, ini termasuklah tempoh cuti bersalin ditingkatkan dari 60 hari kepada 98 hari; cuti paterniti sebanyak tujuh hari; peruntukan aduan diskriminasi peruntukan flexible working arrangement; perlindungan dari gangguan seksual dan peruntukan mengenai aduan.

“Kerajaan Sabah dan Sarawak juga telah bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap 67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.

“Jadi nampak dari segi kepentingan pekerja, Semenanjung, Sabah dan Sarawak berada dalam satu garisan yang sama,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan di sini semalam.

Dalam ucapannya juga, Anwar turut memaklumkan kedudukan Malaysia di dalam Subindeks Kecekapan Kerajaan bagi kajian IMD World Competitiveness Yearbook telah meningkat kepada kedudukan di tangga ke-29 pada 2023, berbanding kedudukan ke-38 pada 2022.

“Prestasi ini menunjukkan Malaysia berada pada landasan yang betul untuk mencapai kedudukan 20 teratas menjelang tahun 2025, sepertimana yang digariskan dalam Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12),” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top