Pimpinan baharu Wira Warisan sedia hadapi PRN Sabah

wira-warisan.jpg

BARISAN pimpinan baharu Wira Warisan. (Foto: FB)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Barisan pimpinan baharu Wira Parti Warisan (Warisan) bersedia menggalas tanggungjawab untuk membantu jentera parti berhadapan pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pemangku Ketua Wira Terence Au berkata, pelantikan itu adalah satu tanggungjawab besar bukan hanya kepadanya selaku pemangku ketua tetapi juga, kepada seluruh barisan kepimpinan Wira Warisan baharu.

“Wira Warisan merupakan tonggak kepada jentera parti lebih-lebih lagi menjelang PRN yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

“Kami juga sedar bahawa jawatan yang kami pikul pada hari ini bukanlah untuk kami bermegah tetapi sebagai satu jawatan yang bersifat kepimpinan untuk membolehkan kami semua mengutarakan idea dan cadangan yang akan membantu memperkukuhkan kedudukan parti.

“Aktiviti dan program itu berdasarkan tiga tonggak perjuangan utama pimpinan baharu Wira Warisan iaitu membasmi kemiskinan, membangunkan ekonomi Sabah, merealisasikan pentadbiran kerajaan yang bertanggungjawab,” katanya selepas mesyuarat Wira Warisan, di sini semalam.

Terrence, 41, yang merupakan pegawai operasi sebuah syarikat penerbangan telah menyertai Warisan sejak 2016 dan merupakan Naib Ketua Wira pada 2021.

Beliau turut mengajak semua ahli dan penyokong Wira Warisan di seluruh negara untuk melipatgandakan usaha mereka untuk memperjuangkan nasib dan hak negeri Sabah melalui Warisan disamping mengangkat martabat negeri ini untuk menjadi penyumbang utama dalam ekonomi Malaysia.

“Kami juga memberi sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Darell Leiking serta berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada barisan kepimpinan Warisan Pusat, sayap Wanita dan Wirawati demi untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Warisan pada PRN yang akan datang,” katanya.

 

Sumber: Utusan

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top