Pihak Yang Tuntut PRU Segera Hanya Pentingkan DIri – KJ

KJ.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Khairy Jamaluddin menegur pihak dalam parti itu yang mahukan pilihan raya umum (PRU) diadakan segera walaupun wabak Covid-19 belum dibendung sebagai mementingkan diri.

“Saya tahu antara yang meminta pilihan raya umum segera adalah mereka daripada parti saya sendiri. Jangan pentingkan diri sendiri,” kata Ahli Parlimen Rembau itu di Twitter.

Terdahulu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, parti berkenaan mahu pilihan raya umum diadakan dengan segera bagi memastikan pembentukan kerajaan baharu yang stabil dan memperoleh mandat rakyat.

Zahid berkata, PRU boleh dilaksanakan dengan mengambil contoh negara luar yang melakukan pilihan raya dalam situasi penularan wabak sekarang ini.

MKT Umno akan bermesyuarat malam ini dan spekulasi bertebaran parti itu mungkin mengambil keputusan menarik balik sokongan bagi kerajaan Perikatan Nasional, sekali gus mencetuskan PRU. -FMT


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top